Sabtu, 30 April 2011

"ISLAM FOR ALL", "ALL FOR ISLAM"



jika di malaysia,saya pasti sahabat2 sekalian sudah tidak asing dengan slogan 'PAS FOR ALL' yang cukup sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia(PAS)[1] .manakala bagi mereka yang berkesempatan belajar di bumi anbiya' Mesir ini mungkin sudah terbiasa dengan slogan 'ISLAM FOR ALL' hinggakan ia dijadikan slogan di salah satu tshirt PMRAM.dan pada tahun lepas,kita digemparkan pulavdengan berita kemasukan seramai 40 ulama muda UMNO yang kemudiannya mengumumkan slogan 'ISLAM FOR ALL'[2] .namun begitu,ia bukanlah persoalan pokok yang ingin saya ketengahkan.

'ALL FOR ISLAM'.

menarik bukan kata-kata ini?oleh itu,saya ingin mengajak sahabat2 untuk sama-sama kita menghayati maksud yang tersirat di sebaliknya.saya tidak mahu kita terus dihanyutkan dengan berbagai-bagai slogan yang indah di bibir yang tumbuh bak cendawan lepas hujan(terutamanya di malaysia) namun pelaksanaanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna.persoalan utama yang perlu diajukan sekarang:apakah yang telah kita lakukan untuk ISLAM?cukuplah kita ajukan soalan ini kepada diri kita(terutamanya saya) tentang jasa kita kepada Islam.saya tidak mengharapkan sebarang jawapan tetapi ingin mengajak saudara2 semua untuk berfikir mengenainya.

ALL FOR ISLAM.tidak perlu untuk dihuraikan panjang2.semua pasti dapat memahami tuntutannya.dalam erti kata lain yang lebih mudah,semua yang kita lakukan mestilah diniatkan untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.setiap individu muslim mempunyai peranan dan tanggungjawab masing2 dalam melaksanakan tuntutan ini.tiada perbezaan di antara kita,tidak kira golongan agamawan,cendekiawan,dan masyarakat secara umumnya.janganlah tugas2 dakwah itu dibebankan sepenuhnya di bahu golongan agamawan semata-mata bahkan ianya turut ditaklifkan keatas setiap individu muslim.jika setiap individu itu sedar akan tugasnya,saya yakin bahawa kegemilangan Islam akan bersinar kembali.bukankah ALLAH TA'ALA telah berfirman:



"Mereka juga yang mengatakan tentang hal-hal saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian hindahrkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". [Aali 'Imraan:168]

akan tetapi dengan keadaan masyarakat yang semakin ketandusan akhlak dan kejatuhan moral,apakah sumbangan yang telah kita berikan?adakah kita telah melengkapkan diri kita dengan bekalan ilmu yang mencukupi agar diri kita menjadi murabbi yang mursyid buat masyarakat?untuk mengubah masyarakat perlu kepada ilmu.ia merupakan perkara yang perlu difahami oleh setiap petugas dakwah.Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) telah berdakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah atas dasar ilmu dan yakin.masyarakat tetap akan berada di takuk yang lama jika kita tidak sematkan kefahaman yang sebenar tentang Islam kepada mereka.bagaimana kita ingin berkhidmat untuk Islam jika kita sendiri jahil mengenainya??!!

marilah sahabat2 semua.mari kita bekerja bersama demi Islam.dalam konteks pelajar marilah kita sama-sama menuntut ilmu bersungguh-sungguh.janganlah terus lena dibuai mimpi.sama-samalah kita wakafkan diri kita untuk perjuangan Islam.janganlah ditanya apa yang kita perolehi daripada Islam tetapi sama-sama kita mengorak langkah ke hadapan untuk menegakkan agama yang suci ini.salam



[1]http://en.wikipedia.org/wiki/Pan-Malaysian_Islamic_Party

[2]"Umno newbies moot 'Islam for All' concept"http://freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=249

Tiada ulasan:

Catat Ulasan