1.solat isya' dan subuh secara berjemaah
maksudnya:Daripada Saidina Uthman bin Affan Radhiallahu ‘Anhu, Rasulullah (selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda) bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadith riwayat Muslim [1]
2.membaca dua ayat terakhir surah al baqarah sebelum tidur iaitu:

"Rasulullah(selawat dan salam ALLAH ke atas Baginda) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
ini adalah berdasarkan hadith yang terdapat di dalam Shahih Bukhari:Dari Abu Mas’ud Al Anshari Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam(selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda) bersabda:
{من قرأ بالآيتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه }
maksudnya:“Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka keduanya telah menyukupinya.” [2]
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari dalam mensyarahkan hadith ini menyebutkan 7 pendapat dalam menyatakan makna kalimah (كفتاه){menyukupinya}.dan salah satu diantara makna kalimah yang dinyatakan bahawa sesiapa yang membacanya sebelum tidur dan tidak mampu untuk bangun(qiamullail) pada malam tersebut maka dia mendapat ganjarannya(qiamullail). [3]
3.niat untuk bangun pada malam tersebut.
Ini berdasarkan hadith Baginda Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu:
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu katanya : " Aku mendengar Rasulullah (selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda)bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Dr Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto dalam kitab mereka(al-Wafi) ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa salah satu kepentingan hadith ini menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untunk melakukan sesuatu amal soleh,tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti mati,sakit,atau seumpamanya yang menghalang beliau daripada melaksanakannya,maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.[4]
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada semua.sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan ibadah dan solat malam.banyakkanlah berdoa kepada Allah agar memberikan kemudahan kepada kita untuk mentaatiNYA kerana sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan DIA.dan kepada mereka yang dapat mengerjakannya teruskanlah istiqamah dalam ibadah.carilah keampunan ALLAH saat orang lain dibuai mimpi.JOM TAHAJJUD!!!
[1]sila rujuk kitab Shahih Muslim bi syarhi al-Imam Muhyiddin an-Nawawi,kitab al-masajid wa mawadhi' as-solah,bab fadhl solat al-Isya' wa as-Subh fi jamaah,terbitan dar al-Ma'rifah,beirut,lubnan
[2]sila rujuk kitab Shahih Bukhari,kitab Fadhail al-Quran,fadhl al-Baqarah,terbitan jam'iyyah miknaz al-Islami
[3]sila rujuk kitab Fath al-Bari Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, kitab Fadhail al-Quran,fadhl al-Baqarah,terbitan dar al-Hadith,kaherah
[4]sila rujuk terjemahan kitab al-Wafi syarah Hadis 40 Imam Nawawi,Hadis1-Semua Amalan Adalah Dengan Niat,terbitan PMRAM
alangkah baiknya kalau boleh berqiyamullail dan solat isyak dan subuh berjamaah. berganda2 amalan, insya ALlah
BalasPadamsemoga Allah mudahkan kita utk bgn malam. amin...
thanks for nice info :)
BalasPadam