
kenapa ya dalam melakukan maksiat kita tidak malu akan ALLAH.adakah disebaabkan lemah iman?ataupun godaan nafsu?adakah kita diciptakan tanpa tujuan?adakah kita hidup di dunia ini hanya sebagai boneka?
ketahuilah sahabatku bahawa penciptaan diri kita ini bukanlah sesuatu yang sia-sia.tidakkah kita ingat bahawa telah dinyatakan di dalam Quran bahawa manusia itu diciptakan adalah untuk 3 perkara:
1)untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)
2)untuk menjadi khalifah di muka bumi.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".(Al Baqarah:30)
3)carilah sendiri!!xkanlah nak harap saya bagi je.
namun begitu berapa ramai diantara kita yang sedar akan tugas kita.kita tanpa segan silu melakukan kemaksiatan.secara tidak langsung kita telah menyamakan diri kita dengan binatang yang tidak mempunyai akal fikiran.bukankah kita dikurniakan akal fikiran.jadi,gunakanlah akal tersebut untuk membezakan antara yang baik dan buruk,yang hak dan batil!!hinanya diri kita jika dibandingkan dengan binatang tersebut.adakah begitu hinanya diri kita???tidakkah kita malu dengan ALLAH?paling tidak pun malulah dengan binatang!ops,saya ada idea baru.ya!!idea baru.apa kata kita malu pula dengan syaitan.
sesungguhnya syaitan telah bersumpah dihadapan ALLAH untuk menyesatkan anak ADAM.
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, [40] "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik(ikhlas)". (Hijr:39-40)
dan kita dapat lihat bahawa syaitan berpegang teguh dengan janjinya.cuba lihat berapa ramai diantara kita yang 'berjaya' menjerumuskan dirinya ke lembah kemaksiatan hasil titik peluh syaitan.syaitan itu walaupun dilaknat tetapi tetap 'taat' dalam janjinya!malulah sahabatku.namun begitu bukan semua anak ADAM dapat disesatkan.bukankah di akhir ayat tadi disebutkan bahawa syaitan tidak dapat menyesatkan manusia yang beriman dan ikhlas dalam ibadahnya.jadi diri kita ini mulia sebenarnya.hatta syaitan kalah dengan kita.tapi tidak semudah itu.kenalah juga patuhi syaratnya.janganlah kemuliaan kita dicemari oleh kedangkalan fikiran dan godaan nafsu yang akhirnya menjadikan diri kita hina berbanding syaitan!
oleh itu,bangkitlah sahabat2ku.sedarlah akan kekurangan diri kita.tiada daya dan upaya kita untuk malakukan sesuatu.tiada daya dan upaya melainkan ALLAH.bangunlah.jangan biarkan diri kita hilang di saat ALLAH mencari kita dalam perkara kebaikan.dan jangan pula ALLAH menjumpai kita di saat kita melakukan kemaksiatan.sesungguhnya ALLAH MAHA PELIHAT akan tiap2 sesuatu.mohonlah daripada ALLAH agar menetapkan kita dalam iman dan amal soleh.segeralah bertaubat wahai saudaraku kerana pintu taubatNYA masih terbuka luas untukmu.pesanan buat diri ini juga.salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan