
entah kenapa ketika hendak menulis entry ini saya rasa bengang yang amat sangat.mungkin disebabkan keadaan saya yang tidak berapa sihat hari ini.jadi emosi saya sedikit terganggu.sebenarnya tiada apa pun yang patut saya marahkan dan bukanlah niat saya untuk mempertahankan perkara mungkar(itupun jika saya benar2 melakukan kesalahan).amar ma'ruf dan nahi WAJIB ditegakkan dan saya sedar akan kekurangan diri ini namun cara si fulan ini agak menyakitkan hati!
Islam memerintahkan supaya menjaga kehormatan saudara muslimnya. Sehubungan itu, perasaan orang Islam lain mesti dijaga. Maka, Islam mengharamkan perbuatan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain, mencari keburukannya, berburuk sangka atau memulaukannya.bukankah ALLAH telah berfirman di dalam al-Quran:
"Wahai orang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Imam Ibnu Daqiqil 'Ied pula di dalam mensyarahkan hadith 'arbaien Imam Nawawi telah berkata bahwa manusia itu terbagi dua:[1]
Pertama: Seseorang yg tertutup keadaan tdk pernah sedikitpun diketahui berbuat maksiat. Bila orang seperti ini tergelincir dlm kesalahan mk tdk boleh menyingkap dan menceritakan krn hal itu termasuk ghibah yg diharamkan. Perbuatan demikian juga berarti menyebarkan kejelekan di kalangan orang2 yg beriman. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ
“Sesungguh orang2 yg ingin agar(berita) perbuatan keji2 tersebar di kalangan orang2 beriman, bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat.”(an-NUR:19)
dalam mentafsirkan ayat ini:
1)para ulama berkata:maksud larangan di dalam ayat ini ialah menyebarkan keburukan yang dilakukan oleh orang mu'min kerana kecuaiannya ATAU mu'min yang dituduh melakukan keburukan sedangkan dia tidak melakukan
2)sebahagian mereka berkata:berusahalah untuk menyembunyikan keburukan orang2 yang melakukan maksiat kerana timbulnya maksiat mereka adalah satu keaiban kepada kaum muslimin.
#yang dimaksudkan dengan orang yang melakukan maksiat di sini ialah orang yang tidak melakukan maksiatnya secara terang-terangan.namun begitu,ini tidak bererti dia tidak menasihatinya atau melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.
Kedua: Seorang yg terkenal suka berbuat maksiat dgn terang-terangan tanpa malu-malu tdk peduli dgn pandangan dan ucapan orang lain. mk membicarakan orang seperti ini bukanlah ghibah. Bahkan harus diterangkan keadaan kepada manusia hingga mereka berhati-hati dari kejelekannya. Karena bila orang seperti ini ditutup-tutupi kejelekan dia akan semakin bernafsu utk berbuat kerusakan melakukan keharaman dan membuat orang lain berani utk mengikuti perbuatannya
Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"[2]
"sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat".[3]
pesan saya buat sahabat tersebut,berhikmahlah dalam melakukan sesuatu.fikir dahulu sebelum bertindak.hayatilah firman ALLAH:"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah ( berdebatlah ) dengan mereka dengan ( jalan ) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"(an-Nahl:125)
saya akui kelemahan diri dan semoga ALLAH mengampunkan dosa saya,ibu bapa dan kaum muslimin.satu pesanan saya buat pembaca:jangan jadikan entry ini sebagai hujjah untuk kalian berterusan melakukan maksiat.saya berlepas diri daripada mereka yang ingin bermain-main dengan hukum ALLAH.sekian,salam.
[1][sila rujuk kitab Syarah al-Arbaien an-Nawawiah lil Imam Ibnu Daqiq al-'Ied,hadith ke-36(fadh al-Ilmi wa az-Zikr),terbitan dar as-Salam dan juga terjemahan kitab al-Wafi syarah hadis 40 Imam Nawawi oleh Dr Mustapha al-Bugha & Muhyiddin Misto,hadith ke-36(himpunan kebajikan),terbitan PMRAM]
[2](hadith riwayat Imam Abu Daud)sila rujuk kitab 'Aun al-Ma'bud syarah sunan Abi Daud,hadith no 4872 di dalam Kitab al-Adab,Bab fi al-Ghibah,cetakan Dar al-Fikr)
[3](Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan