Sabtu, 30 April 2011

"ISLAM FOR ALL", "ALL FOR ISLAM"



jika di malaysia,saya pasti sahabat2 sekalian sudah tidak asing dengan slogan 'PAS FOR ALL' yang cukup sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia(PAS)[1] .manakala bagi mereka yang berkesempatan belajar di bumi anbiya' Mesir ini mungkin sudah terbiasa dengan slogan 'ISLAM FOR ALL' hinggakan ia dijadikan slogan di salah satu tshirt PMRAM.dan pada tahun lepas,kita digemparkan pulavdengan berita kemasukan seramai 40 ulama muda UMNO yang kemudiannya mengumumkan slogan 'ISLAM FOR ALL'[2] .namun begitu,ia bukanlah persoalan pokok yang ingin saya ketengahkan.

'ALL FOR ISLAM'.

menarik bukan kata-kata ini?oleh itu,saya ingin mengajak sahabat2 untuk sama-sama kita menghayati maksud yang tersirat di sebaliknya.saya tidak mahu kita terus dihanyutkan dengan berbagai-bagai slogan yang indah di bibir yang tumbuh bak cendawan lepas hujan(terutamanya di malaysia) namun pelaksanaanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna.persoalan utama yang perlu diajukan sekarang:apakah yang telah kita lakukan untuk ISLAM?cukuplah kita ajukan soalan ini kepada diri kita(terutamanya saya) tentang jasa kita kepada Islam.saya tidak mengharapkan sebarang jawapan tetapi ingin mengajak saudara2 semua untuk berfikir mengenainya.

ALL FOR ISLAM.tidak perlu untuk dihuraikan panjang2.semua pasti dapat memahami tuntutannya.dalam erti kata lain yang lebih mudah,semua yang kita lakukan mestilah diniatkan untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.setiap individu muslim mempunyai peranan dan tanggungjawab masing2 dalam melaksanakan tuntutan ini.tiada perbezaan di antara kita,tidak kira golongan agamawan,cendekiawan,dan masyarakat secara umumnya.janganlah tugas2 dakwah itu dibebankan sepenuhnya di bahu golongan agamawan semata-mata bahkan ianya turut ditaklifkan keatas setiap individu muslim.jika setiap individu itu sedar akan tugasnya,saya yakin bahawa kegemilangan Islam akan bersinar kembali.bukankah ALLAH TA'ALA telah berfirman:



"Mereka juga yang mengatakan tentang hal-hal saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian hindahrkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". [Aali 'Imraan:168]

akan tetapi dengan keadaan masyarakat yang semakin ketandusan akhlak dan kejatuhan moral,apakah sumbangan yang telah kita berikan?adakah kita telah melengkapkan diri kita dengan bekalan ilmu yang mencukupi agar diri kita menjadi murabbi yang mursyid buat masyarakat?untuk mengubah masyarakat perlu kepada ilmu.ia merupakan perkara yang perlu difahami oleh setiap petugas dakwah.Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) telah berdakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah atas dasar ilmu dan yakin.masyarakat tetap akan berada di takuk yang lama jika kita tidak sematkan kefahaman yang sebenar tentang Islam kepada mereka.bagaimana kita ingin berkhidmat untuk Islam jika kita sendiri jahil mengenainya??!!

marilah sahabat2 semua.mari kita bekerja bersama demi Islam.dalam konteks pelajar marilah kita sama-sama menuntut ilmu bersungguh-sungguh.janganlah terus lena dibuai mimpi.sama-samalah kita wakafkan diri kita untuk perjuangan Islam.janganlah ditanya apa yang kita perolehi daripada Islam tetapi sama-sama kita mengorak langkah ke hadapan untuk menegakkan agama yang suci ini.salam



[1]http://en.wikipedia.org/wiki/Pan-Malaysian_Islamic_Party

[2]"Umno newbies moot 'Islam for All' concept"http://freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=249

Isnin, 25 April 2011

aduhai...mudahnya kita ditipu


manusia memang mudah ditipu.

kalau tun mahathir,dia akan cakap melayu mudah lupa tapi saya....
saya akan cakap

MANUSIA MUDAH DITIPU!!!

pernah tak sahabat2 rasa bila nak buat sesuatu yang benda yang salah tu akan timbul dalam hati rasa bersalah.seolah-olah kita bermonolog dengan diri sendiri:janganlah buat benda ni.maksiat.dosa.kalau dosa nanti masuk neraka.

tapi

di satu sudut lain dalam diri kita pula berkata:takpelah.bukannya selalu pun kita buat benda ni.ada masa nanti kita taubatlah.kan ALLAH MAHA PENGAMPUN.ALLAH tu kan MAHA PENYAYANG.ALLAH kan MAHA PENERIMA TAUBAT.takkanlah dosa sekecil ni tak diampunkannNYA.takkanlah kita akan diazab dengan benda sekecil ni.
tapi biasalah.dah namanya manusia.selalunya kita akan kalah dengan godaan nafsu yang jahat.

akhirnya,kita tertipu.begitu mudahnya kita ditipu.bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri.alangkah bodohnya kita.kena tipu dangan diri sendiri walhal kita dikurniakan akal untuk berfikir,untuk bezakan baik buruk.wahai......

adakah kita lupa bahawa di balik MAHA PENGAMPUNNYA itu terdapat juga namaNYA yang kita imani bersifat ar-Raqib(MAHA MENGAWASI),al-Dar(MAHA MEMBERI DERITA)al-Mumit(MAHA MEMATIKAN)al-Muhsi(MAHA MENGHITUNG),al-Muzil(YANG MENGHINAKAN makhluknya).tak salah untuk kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH tapi ingatlah bahawa ALLAH mengetahui isi hati kita.dan adakah kita lupa bahawa dosa-dosa kecil itu jika berterusan akan menjadi dosa besar akhirnya.bayangkanlah jika nyawa kita ditarik saat kita melakukan kemaksiatan.layakkah kita untuk syurga ALLAH?layakkah kita untuk mengaku sebagai umat BAGINDA NABI MUHAMMAD(selawat dan salam ke atas BAGINDA)?bandingkanlah diri kita dengan sahabat2 NABI.betapa kerdilnya diri kita.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

إِنَّكُمْ لَتَعْمَلُونَ أَعْمَالاً هِىَ أَدَقُّ فِى أَعْيُنِكُمْ مِنَ الشَّعَرِ ، إِنْ كُنَّا نَعُدُّهَا عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - الْمُوبِقَاتِ

“Sesungguhnya kalian mengerjakan amalan (dosa) di hadapan mata kalian tipis seperti rambut, namun kami (para sahabat) yang hidup di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menganggap dosa semacam itu seperti dosa besar.”[1]


sama-samalah kita mujahadah supaya kita tidak lagi ditipu oleh diri sendiri.pesanan buat diri sendiri.moga entri ini bermanfaat buat mereka yang membaca.salam


[1]hadith riwayat Imam Bukhari dalam kitab 81(Kitab al-Riqaq),bab 32(bab ma yuttaqo min muhaqqarot az-zunub),cetakan jam'iyyah al-miknaz al-islam

Ahad, 24 April 2011

orang kata saya sombong....saya kata


saya kata tak,saya tak sombong!

mungkin dah jadi tabiat saya kot jarang bercakap,jadi mungkin orang menyalahtafsirkannnya sebagai sombong.serba salah saya dibuatnya.ditelan mati *** diluah mati ****.tak cakap salah,cakap pun salah.nak buat macam mana ye?sebenarnya saya bukannya tak nak berbual-bual tapi tiada modal untuk berbual dengan orang lain.dan saya rasa kadang2 tu benda yang dibualkan tiada faedah langsung.takut juga kalau2 apa yang saya cakapkan secara sengaja atau tidak akan menyinggung perasaan orang lain,jadi lebih baik saya dism sahaja.adalah lebih baik jika saya mengamalkan sunnah BAGINDA NABI(selawat dan salam ke atas BAGINDA).saya lebih suka untuk menjadi pendengar sahaja.mungkin sebab itu ada dikalangan sahabat2 yang sering meluahkan masalah mereka kepada saya.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.[1]


jadi lebih baiklah saya diam dan muhasabah diri saya yang banyak ddaripada banyak berkata-kata.buat sahabat2 yg berjumpa saya,janganlah sampai tidak bertegur sapa pula.diam bukanlah maksudnya bahawa saya tidak peramah.tegur2la ye!suka dengan kata-kata yang diambil daripada seorang teman:I don't talk much.but my mind talks a lot.salam


[1]#(hadith riwayat Imam Bukhari,hadith no 6206,bab85(memuliakan tetamu), kitab78(kitab al-Adab),cetakan jam'iyyah al-Miknaz al-Islami)
#diriwayatkan juga oleh Imam Muslim,bab galakan memuliakan jiran dan tetamu serta melazimi diam,kitab al-Iman,cetakan al-hai'ah al-'ammah li syu'un al-matabi' al-amiriah)

Sabtu, 23 April 2011

janganlah sibuk mencari aib orang!


entah kenapa ketika hendak menulis entry ini saya rasa bengang yang amat sangat.mungkin disebabkan keadaan saya yang tidak berapa sihat hari ini.jadi emosi saya sedikit terganggu.sebenarnya tiada apa pun yang patut saya marahkan dan bukanlah niat saya untuk mempertahankan perkara mungkar(itupun jika saya benar2 melakukan kesalahan).amar ma'ruf dan nahi WAJIB ditegakkan dan saya sedar akan kekurangan diri ini namun cara si fulan ini agak menyakitkan hati!

Islam memerintahkan supaya menjaga kehormatan saudara muslimnya. Sehubungan itu, perasaan orang Islam lain mesti dijaga. Maka, Islam mengharamkan perbuatan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain, mencari keburukannya, berburuk sangka atau memulaukannya.bukankah ALLAH telah berfirman di dalam al-Quran:

"Wahai orang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)


Imam Ibnu Daqiqil 'Ied pula di dalam mensyarahkan hadith 'arbaien Imam Nawawi telah berkata bahwa manusia itu terbagi dua:[1]

Pertama
: Seseorang yg tertutup keadaan tdk pernah sedikitpun diketahui berbuat maksiat. Bila orang seperti ini tergelincir dlm kesalahan mk tdk boleh menyingkap dan menceritakan krn hal itu termasuk ghibah yg diharamkan. Perbuatan demikian juga berarti menyebarkan kejelekan di kalangan orang2 yg beriman. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

“Sesungguh orang2 yg ingin agar(berita) perbuatan keji2 tersebar di kalangan orang2 beriman, bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat.”(an-NUR:19)

dalam mentafsirkan ayat ini:
1)para ulama berkata:maksud larangan di dalam ayat ini ialah menyebarkan keburukan yang dilakukan oleh orang mu'min kerana kecuaiannya ATAU mu'min yang dituduh melakukan keburukan sedangkan dia tidak melakukan
2)sebahagian mereka berkata:berusahalah untuk menyembunyikan keburukan orang2 yang melakukan maksiat kerana timbulnya maksiat mereka adalah satu keaiban kepada kaum muslimin.

#yang dimaksudkan dengan orang yang melakukan maksiat di sini ialah orang yang tidak melakukan maksiatnya secara terang-terangan.namun begitu,ini tidak bererti dia tidak menasihatinya atau melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.

Kedua: Seorang yg terkenal suka berbuat maksiat dgn terang-terangan tanpa malu-malu tdk peduli dgn pandangan dan ucapan orang lain. mk membicarakan orang seperti ini bukanlah ghibah. Bahkan harus diterangkan keadaan kepada manusia hingga mereka berhati-hati dari kejelekannya. Karena bila orang seperti ini ditutup-tutupi kejelekan dia akan semakin bernafsu utk berbuat kerusakan melakukan keharaman dan membuat orang lain berani utk mengikuti perbuatannya



Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang ‎yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu ‎mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. ‎Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip ‎keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"[2]

"sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat".[3]

pesan saya buat sahabat tersebut,berhikmahlah dalam melakukan sesuatu.fikir dahulu sebelum bertindak.hayatilah firman ALLAH:"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah ( berdebatlah ) dengan mereka dengan ( jalan ) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"(an-Nahl:125)

saya akui kelemahan diri dan semoga ALLAH mengampunkan dosa saya,ibu bapa dan kaum muslimin.satu pesanan saya buat pembaca:jangan jadikan entry ini sebagai hujjah untuk kalian berterusan melakukan maksiat.saya berlepas diri daripada mereka yang ingin bermain-main dengan hukum ALLAH.sekian,salam.


[1][sila rujuk kitab Syarah al-Arbaien an-Nawawiah lil Imam Ibnu Daqiq al-'Ied,hadith ke-36(fadh al-Ilmi wa az-Zikr),terbitan dar as-Salam dan juga terjemahan kitab al-Wafi syarah hadis 40 Imam Nawawi oleh Dr Mustapha al-Bugha & Muhyiddin Misto,hadith ke-36(himpunan kebajikan),terbitan PMRAM]

[2](hadith riwayat Imam Abu Daud)sila rujuk kitab 'Aun al-Ma'bud syarah sunan Abi Daud,hadith no 4872 di dalam Kitab al-Adab,Bab fi al-Ghibah,cetakan Dar al-Fikr)

[3](Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)

malulah dengan syaitan!!!!


kenapa ya dalam melakukan maksiat kita tidak malu akan ALLAH.adakah disebaabkan lemah iman?ataupun godaan nafsu?adakah kita diciptakan tanpa tujuan?adakah kita hidup di dunia ini hanya sebagai boneka?

ketahuilah sahabatku bahawa penciptaan diri kita ini bukanlah sesuatu yang sia-sia.tidakkah kita ingat bahawa telah dinyatakan di dalam Quran bahawa manusia itu diciptakan adalah untuk 3 perkara:

1)untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)
2)untuk menjadi khalifah di muka bumi.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".(Al Baqarah:30)
3)carilah sendiri!!xkanlah nak harap saya bagi je.

namun begitu berapa ramai diantara kita yang sedar akan tugas kita.kita tanpa segan silu melakukan kemaksiatan.secara tidak langsung kita telah menyamakan diri kita dengan binatang yang tidak mempunyai akal fikiran.bukankah kita dikurniakan akal fikiran.jadi,gunakanlah akal tersebut untuk membezakan antara yang baik dan buruk,yang hak dan batil!!hinanya diri kita jika dibandingkan dengan binatang tersebut.adakah begitu hinanya diri kita???tidakkah kita malu dengan ALLAH?paling tidak pun malulah dengan binatang!ops,saya ada idea baru.ya!!idea baru.apa kata kita malu pula dengan syaitan.

sesungguhnya syaitan telah bersumpah dihadapan ALLAH untuk menyesatkan anak ADAM.
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, [40] "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik(ikhlas)". (Hijr:39-40)

dan kita dapat lihat bahawa syaitan berpegang teguh dengan janjinya.cuba lihat berapa ramai diantara kita yang 'berjaya' menjerumuskan dirinya ke lembah kemaksiatan hasil titik peluh syaitan.syaitan itu walaupun dilaknat tetapi tetap 'taat' dalam janjinya!malulah sahabatku.namun begitu bukan semua anak ADAM dapat disesatkan.bukankah di akhir ayat tadi disebutkan bahawa syaitan tidak dapat menyesatkan manusia yang beriman dan ikhlas dalam ibadahnya.jadi diri kita ini mulia sebenarnya.hatta syaitan kalah dengan kita.tapi tidak semudah itu.kenalah juga patuhi syaratnya.janganlah kemuliaan kita dicemari oleh kedangkalan fikiran dan godaan nafsu yang akhirnya menjadikan diri kita hina berbanding syaitan!

oleh itu,bangkitlah sahabat2ku.sedarlah akan kekurangan diri kita.tiada daya dan upaya kita untuk malakukan sesuatu.tiada daya dan upaya melainkan ALLAH.bangunlah.jangan biarkan diri kita hilang di saat ALLAH mencari kita dalam perkara kebaikan.dan jangan pula ALLAH menjumpai kita di saat kita melakukan kemaksiatan.sesungguhnya ALLAH MAHA PELIHAT akan tiap2 sesuatu.mohonlah daripada ALLAH agar menetapkan kita dalam iman dan amal soleh.segeralah bertaubat wahai saudaraku kerana pintu taubatNYA masih terbuka luas untukmu.pesanan buat diri ini juga.salam.

Rabu, 20 April 2011

kenapa saya menulis???


kenapa ya saya menulis???jawapannya mudah sahaja.kerna ia suatu kewajipan.langsung ada yang bertanya:kenapa pula suatu kewajipan??

ya,soalan yang baik!!kenapa agaknya menulis suatu kewajipan?kalau ditanyakan kepada saya,maka saya katakan bahawa dengan menulis saya dapat menyampaikan ilmu saya yang sedikit ini kepada umum.bukankah nabi kita SAIDINA MUHAMMAD(selawat dan salam keatas BAGINDA dan keluarganya)pernah bersabda:"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"[1]

jadinya saya,kamu,dan kita sebagai umat BAGINDA tidak dapat tidak mestilah sedaya upaya menyampaikan ilmu yang kita miliki walaupun tidak seberapa.oleh itu,menulis merupakan wasilah saya untuk mengamalkan sabda BAGINDA tersebut.

jujurnya saya katakan bahawa saya ni seorang yang pemalas.malas membaca.malas menulis.malas menulis.malas berfikir.segala-galanya saya malas.saya hanya rajin pada benda2 yang tidak mendatangkan faedah.jadi,apa salahnya saya menulis agar saya dapat mengubah sedikit diri saya agar menjadi lebih rajin.maklumlah,kalau dah menulis ni takkanlah nak hentam semberono,kena ada fakta.betol tak?kan ulama2 ISLAM punyai metodologi ilmiah tersendiri:"jika anda penyampai berita maka hendaklah yang benar dan sahih,atau jika anda pendakwa mestilah dengan bukti dan dalil"[2]
harapnya diri saya akan bertambah baik.

akhirnya,moga usaha saya ini diberikan kemudahan oleh ALLAH taala dan mudah-mudahan saya dapat sentiasa mengemaskini blog ini dengan maklumat2 yang ilmiah.salam


[1](HR Bukhari,no hadith3499,kitab Ahadith al-Anbia',babu ma zukiro 'an bani israel,cetakan Jam'iyyah al-Miknaz al-Islami)

[2](sila rujuk mukaddimah kitab Kubra al-Yaqiniyyat al Kauniyyah,Syeikh Said Ramadhan al-Buti).