Ahad, 8 Mei 2011

jika kita dizalimi....




jumaat lepas saya terbaca status seorang sahabat di fb yang meluahkan rasa kecewa dan geram terhadap sebuah syarikat yang menguruskan pentadbiran universiti tempat dia belajar.menurutnya syarikat tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan menganiaya para pelajar.timbul rasa simpati terhadapnya yang terpaksa mengulang foundation sedangkan dia hampir masuk ke tahun dua.namun begitu,saya merasa agak kurang selesa dengan cara sahabat saya ini menyatakan rasa tidak puas hatinya yang pada hemat saya agak kurang beradab.


Islam merupakan sebuah agama yang syumul.semua sudah maklum akan kesempurnaannya.termasuk dalam kesempurnaan tersebut adalah penekanan terhadap adab kita sesama manusia,bagaimana kita berinteraksi sesama bani adam dan sebagainya.Sempurnanya Islam itu sehinggakan jika kita dizalimi pun diterangkan adab-adabnya.berbalik kepada kisah sahabat saya di atas,apakah yang perlu beliau lakukan kerana jelas beliau dianiyai dan di'zalimi'?

1.memberi maaf kepada mereka yang berlaku zalim kepada kita

saya teringat kata-kata guru saya,Syaikhuna Murabbi al-Muhaddith Dr Yusri Sayyid al-Jabr al-Hasani hafizahullah semasa mensyarahkan kepada kami kitab Sunan Abi Daud khususnya dalam Kitab al-Adab menyatakan bahawa kesimpulan(khulasah) akhlak2 yang mulia adalah: [1]

1.kamu memaafkan mereka yang berlaku zalim kepada kamu
2.kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu
3.kamu menyambung persaudaraan dengan mereka yang memutuskan persaudaraan denganmu


Firman ALLAH TAALA di dalam surah as-Syura ayat 41-43:




maksudnya:Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka(41)Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak.Mereka itu mendapat azab yang pedih(42)Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan(43)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa membela diri itu bukanlah satu kesalahan tetapi yang utama adalah bersabar dan memaafkan.Syeikhuna ketika menerangkan hadith di dalam Bab al-Intisor menyatakan bahawa membela diri itu adalah suatu rukhsah manakala sabar dan memaafkan merupakan 'azimah.memberi maaf bukanlah bermaksud Islam itu tidak memberi perhatian kepada mereka yang dizalimi bahkan ia merupakan satu kemuliaan dan penghormatan kepada mereka yang dapat menahan diri mereka ketika mereka dalam keadaan marah dan dizalimi.terdapat banyak hadith yang menerangkan kelebihan menahan marah.


2.elakkan diri daripada mencela mereka

Sabda Rasulullah(selawat dan salam daripada ALLAH ke atas Baginda) di dalam Shahih Bukhari:



maksudnya:mencela mu'min itu adalah fasiq dan membunuhnya kafir. [2]

hadith di atas menjadi dalil bahawa mencela seseorang itu merupakan di antara dosa besar dan menurut syeikhuna ianya lebih berat daripada menipu.sebagaimana maklum bahawa doa orang yang dizalimi adalah maqbul dan tidak terhijab namun begitu menurut syeikhuna,jika kita ingin orang yang menzalimi kita itu menerima azab yang selayaknya maka janganlah kita mendoakan keburukan buatnya kerana ianya hanya akan meringankan azab yang akan dikenakan keatasnya.hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud:[3]



maksudnya:daripada Saidatina 'Aisyah radiAllahu'anha berkata:telah dicuri barang kepunyaannya maka beliau mendoakan keburukan buat pencuri tersebut,maka Rasulullah(selawat dan salam ALLAh keatas Baginda) bersabda:Janganlah kamu ringankan(dosa pencuri tersebut) daripadanya.


3.doakan semoga orang tersebut diberi hidayah

sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas bahawa doa orang yang dizalimi adalah maqbul dan tidak terhijab.oleh itu gunakanlah peluang ini untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang menzalimi kita.semoga dia diberi hidayah Allah.kita sebagai umat Islam sepatutnya mendoakan sesama kita mudah-mudahan kita bertemu di syurga kelak.Contohilah akhlak Baginda Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) yang selalu mendoakan kebaikan kepada semua orang yang berbuat kejahatan kepadanya. Ketika Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) berhijrah ke Thaif, penduduk Thaif mengusir dan dan melemparinya dengan batu. Kemudian malaikat Jibril datang dan menawarkan kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) untuk diizinkan menjatuhkan gunung Uhud kepada penduduk Thaif. Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) menjawab, “ Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang belum mendapat hidayah.” Banyak sekali orang yang berbuat jahat kepada Nabi Muhammad(selawat dan salam ALLAH keatas Baginda), tetapi Nabi selalu berdoa agar mereka mendapat hidayah dan akhirnya ada di antara mereka yang masuk Islam.


mudah-mudahan apa yang saya tulis sedikit sebanyak memberi faedah kepada sahabat2.entry ini bukanlah ditujukan kepada individu tertentu sebaliknya buat bacaan ummum dan diri saya sendiri.senang bagi saya untuk menulis tetapi mampukah saya mengamalkannya????







[1]pada mulanya saya sangka ia kalam syeikhuna tetapi setelah dirujuk semula,saya dapati bahawa ia adalah hadith yang diriwayatkan Imam Suyuti di dalam al-Jami' as-Soghir.namun begitu disebabkan saya tiada kitab tersebut saya telah merujuk laman web berikut:http://1life2.blogspot.com/2011/01/blog-post_12.html

[2]sila rujuk Shahih Bukhari,Kitab al-Adab,Bab ma Yunha min as-Sibab wa al-Li'an,terbitan jam'iyyah al-miknaz al-islami

[3]sila rujuk kitab 'aun al-Ma'bud syarah Sunan Abi Daud,Kitab al-Adab,Bab fi man da'a 'ala man zholamah terbitan dar al-Fikr,Beirut,Lubnan

1 ulasan:

  1. Salams,

    Thanks for dropping by, what a nice blog that you have. Keep on writing!

    BalasPadam