Rabu, 22 Januari 2014

semoga diberi kekuatan menulis kembali . . .

lama benar blog ni ditinggalkan kesepian tanpa sebarang khabar.mujurlah sawang-sawang di blog ini tidak terzahir pada pandangan mata kasar,kalau tidak payah juga hendak membersihkannya.waktu 'entry' pertama blog ini ditulis,rasanya macam terlalu banyak benda yang hendak ditulis tapi bila asyik bertangguh terus rasa tawar hati untuk menulis walaupun banya draf yang telah dirangka.(nampak tak disitu salah satu kesan bertangguh !!!)

tapi inshaALLAH kali ni dengan azam baru nak cuba juga sedaya upaya agar blog ini dapat di'update' selalu.kalau boleh saya nak jadikan blog ni wadah utk saya menyampaikan ilmu yang tidak seberapa dan dalam masa sama mengasah bakat penulisan.bila difikir-fikir kembali apa sumbangan yang telah saya berikan pada umat, timbul rasa bersalah kerana saya belum menyumbang apa2 pun untuk umat Baginda MUHAMMAD (selawat dan salam ke atas Baginda).rasa kerdil betul diri ini berbanding sahabat2 sebaya yg lain yg sentiasa mengemaskini blog mereka & dipenuhi pula dengan ilmu.moga diri ini diberi kesempatan untuk sentiasa mengemaskini blog ini.pohon doa dari para pembaca.sekian...wassalam..

Selasa, 17 Mei 2011

"Sang Pencerah" dan Wahhabi


alhamdulillah saya baru sahaja selesai menonton filem "sang pencerah".walaupun sebenarnya saya agak sibuk minggu ni tetapi entah bagaimana boleh tergerak untuk menontonnya.mungkin setelah diberitahu oleh seorang sahabat bahawa filem ini dapat memberikan sedikit gambaran awal tentang Kaum Muda maka saya ambil keputusan untuk menontonnya.

filem ini sebenarnya sudah ditayangkan di Indonesia pada tahun 2010 namun baru kali ini saya berkesmpatan menontonnya.Ia membawa kita untuk menyelami kisah hidup pengasas gerakan Muhammadiyah, Kiyai Hj Ahmad Dahlan dan cabaran yang dihadapinya dalam usaha menubuhkan Muhammadiyah.berikut saya sertakan sedikit sebanyak sinopsis mengenai filem ini.

{Sepulang dari Mekah, Darwis Muda mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang dilihatnya cenderung ke arah sesat, Syirik dan Bid'ah.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Ka'bah di Mekah, melainkan ke Afrika. Usul itu kontan membuat para kiai, termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat, meradang. Ahmad Dahlan, anak muda yang lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap membangkang aturan yang sudah berjalan selama berabad-abad lampau.

Walaupun usul perubahan arah kiblat ini ditolak, melalui suraunya Ahmad Dahlan mengawal pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah. Ahmad Dahlan dianggap mengajarkan aliran sesat, menghasut dan merosak kewibawaan Keraton dan Masjid Besar.

Bukan sekali ini Ahmad Dahlan membuat para kyai naik darah. Dalam khutbah pertamanya sebagai khatib, dia menyindir kebiasaan penduduk di kampungnya, Kampung Kauman, Yogyakarta. "Dalam berdoa itu cuma ikhlas dan sabar yang dibutuhkan, tak perlu kiai, ketip, apalagi sesajen," katanya.Kesannya,Dahlan dimusuhi.

Langgar Kidul yang berada di sebelah rumahnya dan merupakan tempat dia mengerjakan solat berjemaah dan mengajar mengaji, bahkan dihancurkan lantaran dianggap menyebarkan aliran sesat.

Dahlan, yang cekap bermain biola, dianggap kontroversi. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah moden Belanda, serta mengajar agama Islam di Kweekschool atau sekolah para bangsawan di Jetis, Yogyakarta.}[1]


sepertimana yang kita maklum bahawa Kaum Muda sering dikaitkan dengan fahaman Wahhabi.dan begitu jugalah tanggapan saya terhadap gerakan ini.dan saya akui bahawa sebelum menonton filem ini saya menyangka bahawa KH Ahmad Dahlan juga merupakan di antara mereka yang terkesan dengan fahaman(wahhabi) ini.Ini kerana menurut saya beliau agak terkesan dengan fahaman Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, dan sebagainya. Pengaruh ini tertanam ketika mana KH Ahmad Dahlan ke Mekkah untuk menunaikan haji dan belajar ilmu agama.

sangkaan ini berlanjutan sehinggalah saya terbaca satu komen oleh seorang pembaca yang menyatakan bahawa fakta tersebut perlu dibetulkan.berikut adalah antara hujahnya:

{Ada bberapa fakta yg perlu di koreksi. Muhammadiyah pada awalnya tidak identik dgn faham wahabi. Nama asli KH ahmad dahlan sendiri adalah Muhammad Darwisy. Dia berganti nama ketika belajar di mekkah, menjadi Ahmad Dahlan, mengambil nama dari seorang imam masjidil haram yg terkenal di masa itu, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Syeikh Ahmad Zaini dahlan ini ialah orang pertama yg mengeluarkan buku menentang faham wahabi. Jadi, mana mungkin KH Ahmad dahlan akan memilih menggunakan nama seseorang yang menentang ajaran yg dianut nya (kalau benar dia terpengaruh wahabi). itu dalil pertama

Dalil kedua, dalam buku api sejarah tsb di ceritakan, Semasa KH Ahmad Dahlan masih hidup, shalat tarawih di Muhammadiyah adalah 23 rakaat.

Muhammadiyah baru berubah , terpengaruh fahaman wahabi, setelah muktamar ke 3, Tahun 1927, 5 th setelah KH Ahmad Dahlan meninggal. Di muktamar itulah baru berdiri majelis tarjih, yg mengeluarkan fatwa2 pro wahabi. Sebelumnya, apalagi di zaman KH Ahmad Dahlan, Muhammadiyah adalah organisasi ahlussunnah wal jamaah.}[2]


Apapun,bagi saya filem ini wajar ditonton oleh semua.dan saya tertanya-tanya bilakah Malaysia akan menerbitkan filem seperti ini.Bagi mereka yang menontonnya ambillah pengajaran yang terkandung didalamnya.selamat menonton!!!



[1]sedikit ubahsuai daripada sumber asal.sila rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Sang_Pencerah

[2]sila rujuk http://sosbud.kompasiana.com/2009/11/13/mengapa-muhammadiyah-lahir-tinjauan-buku-%E2%80%9Capi-sejarah%E2%80%9D/

Ahad, 8 Mei 2011

jika kita dizalimi....




jumaat lepas saya terbaca status seorang sahabat di fb yang meluahkan rasa kecewa dan geram terhadap sebuah syarikat yang menguruskan pentadbiran universiti tempat dia belajar.menurutnya syarikat tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan menganiaya para pelajar.timbul rasa simpati terhadapnya yang terpaksa mengulang foundation sedangkan dia hampir masuk ke tahun dua.namun begitu,saya merasa agak kurang selesa dengan cara sahabat saya ini menyatakan rasa tidak puas hatinya yang pada hemat saya agak kurang beradab.


Islam merupakan sebuah agama yang syumul.semua sudah maklum akan kesempurnaannya.termasuk dalam kesempurnaan tersebut adalah penekanan terhadap adab kita sesama manusia,bagaimana kita berinteraksi sesama bani adam dan sebagainya.Sempurnanya Islam itu sehinggakan jika kita dizalimi pun diterangkan adab-adabnya.berbalik kepada kisah sahabat saya di atas,apakah yang perlu beliau lakukan kerana jelas beliau dianiyai dan di'zalimi'?

1.memberi maaf kepada mereka yang berlaku zalim kepada kita

saya teringat kata-kata guru saya,Syaikhuna Murabbi al-Muhaddith Dr Yusri Sayyid al-Jabr al-Hasani hafizahullah semasa mensyarahkan kepada kami kitab Sunan Abi Daud khususnya dalam Kitab al-Adab menyatakan bahawa kesimpulan(khulasah) akhlak2 yang mulia adalah: [1]

1.kamu memaafkan mereka yang berlaku zalim kepada kamu
2.kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu
3.kamu menyambung persaudaraan dengan mereka yang memutuskan persaudaraan denganmu


Firman ALLAH TAALA di dalam surah as-Syura ayat 41-43:




maksudnya:Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka(41)Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak.Mereka itu mendapat azab yang pedih(42)Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan(43)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa membela diri itu bukanlah satu kesalahan tetapi yang utama adalah bersabar dan memaafkan.Syeikhuna ketika menerangkan hadith di dalam Bab al-Intisor menyatakan bahawa membela diri itu adalah suatu rukhsah manakala sabar dan memaafkan merupakan 'azimah.memberi maaf bukanlah bermaksud Islam itu tidak memberi perhatian kepada mereka yang dizalimi bahkan ia merupakan satu kemuliaan dan penghormatan kepada mereka yang dapat menahan diri mereka ketika mereka dalam keadaan marah dan dizalimi.terdapat banyak hadith yang menerangkan kelebihan menahan marah.


2.elakkan diri daripada mencela mereka

Sabda Rasulullah(selawat dan salam daripada ALLAH ke atas Baginda) di dalam Shahih Bukhari:



maksudnya:mencela mu'min itu adalah fasiq dan membunuhnya kafir. [2]

hadith di atas menjadi dalil bahawa mencela seseorang itu merupakan di antara dosa besar dan menurut syeikhuna ianya lebih berat daripada menipu.sebagaimana maklum bahawa doa orang yang dizalimi adalah maqbul dan tidak terhijab namun begitu menurut syeikhuna,jika kita ingin orang yang menzalimi kita itu menerima azab yang selayaknya maka janganlah kita mendoakan keburukan buatnya kerana ianya hanya akan meringankan azab yang akan dikenakan keatasnya.hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud:[3]



maksudnya:daripada Saidatina 'Aisyah radiAllahu'anha berkata:telah dicuri barang kepunyaannya maka beliau mendoakan keburukan buat pencuri tersebut,maka Rasulullah(selawat dan salam ALLAh keatas Baginda) bersabda:Janganlah kamu ringankan(dosa pencuri tersebut) daripadanya.


3.doakan semoga orang tersebut diberi hidayah

sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas bahawa doa orang yang dizalimi adalah maqbul dan tidak terhijab.oleh itu gunakanlah peluang ini untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang menzalimi kita.semoga dia diberi hidayah Allah.kita sebagai umat Islam sepatutnya mendoakan sesama kita mudah-mudahan kita bertemu di syurga kelak.Contohilah akhlak Baginda Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) yang selalu mendoakan kebaikan kepada semua orang yang berbuat kejahatan kepadanya. Ketika Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) berhijrah ke Thaif, penduduk Thaif mengusir dan dan melemparinya dengan batu. Kemudian malaikat Jibril datang dan menawarkan kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) untuk diizinkan menjatuhkan gunung Uhud kepada penduduk Thaif. Nabi Muhammad (selawat dan salam ALLAH keatas Baginda) menjawab, “ Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang belum mendapat hidayah.” Banyak sekali orang yang berbuat jahat kepada Nabi Muhammad(selawat dan salam ALLAH keatas Baginda), tetapi Nabi selalu berdoa agar mereka mendapat hidayah dan akhirnya ada di antara mereka yang masuk Islam.


mudah-mudahan apa yang saya tulis sedikit sebanyak memberi faedah kepada sahabat2.entry ini bukanlah ditujukan kepada individu tertentu sebaliknya buat bacaan ummum dan diri saya sendiri.senang bagi saya untuk menulis tetapi mampukah saya mengamalkannya????







[1]pada mulanya saya sangka ia kalam syeikhuna tetapi setelah dirujuk semula,saya dapati bahawa ia adalah hadith yang diriwayatkan Imam Suyuti di dalam al-Jami' as-Soghir.namun begitu disebabkan saya tiada kitab tersebut saya telah merujuk laman web berikut:http://1life2.blogspot.com/2011/01/blog-post_12.html

[2]sila rujuk Shahih Bukhari,Kitab al-Adab,Bab ma Yunha min as-Sibab wa al-Li'an,terbitan jam'iyyah al-miknaz al-islami

[3]sila rujuk kitab 'aun al-Ma'bud syarah Sunan Abi Daud,Kitab al-Adab,Bab fi man da'a 'ala man zholamah terbitan dar al-Fikr,Beirut,Lubnan

Jumaat, 6 Mei 2011

jangan kecewa jika tidak dapat qiamullail

mungkin ramai diantara kita yang bercita-cita untuk melakukan qiamullail ataupun tahajjud.namun begitu,berapa ramai yang mampu mujahadah untuk melaksanakannya.bagi mereka yang tidak 'berkesempatan' melaksanakannya janganlah merasa putus asa kerana rahmat Allah taala amat luas.DIA yang menciptakan kita dan DIA jugalah yang lebih memahami diri hambanya.untuk entry kali ini saya cuba menyertakan beberapa hadith mengenai amalan yang mungkin boleh diamalkan oleh mereka yang tidak mampu untuk melakukan solat malam tersebut.


1.solat isya' dan subuh secara berjemaah





maksudnya:Daripada Saidina Uthman bin Affan Radhiallahu ‘Anhu, Rasulullah (selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda) bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadith riwayat Muslim [1]



2.membaca dua ayat terakhir surah al baqarah sebelum tidur iaitu:




"Rasulullah(selawat dan salam ALLAH ke atas Baginda) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

ini adalah berdasarkan hadith yang terdapat di dalam Shahih Bukhari:Dari Abu Mas’ud Al Anshari Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam(selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda) bersabda:

{من قرأ بالآيتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه }

maksudnya:“Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, maka keduanya telah menyukupinya.” [2]

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari dalam mensyarahkan hadith ini menyebutkan 7 pendapat dalam menyatakan makna kalimah (كفتاه){menyukupinya}.dan salah satu diantara makna kalimah yang dinyatakan bahawa sesiapa yang membacanya sebelum tidur dan tidak mampu untuk bangun(qiamullail) pada malam tersebut maka dia mendapat ganjarannya(qiamullail). [3]



3.niat untuk bangun pada malam tersebut.


Ini berdasarkan hadith Baginda Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu:




Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu katanya : " Aku mendengar Rasulullah (selawat dan salam daripada Allah ke atas Baginda)bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Dr Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto dalam kitab mereka(al-Wafi) ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa salah satu kepentingan hadith ini menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untunk melakukan sesuatu amal soleh,tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti mati,sakit,atau seumpamanya yang menghalang beliau daripada melaksanakannya,maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.[4]


mudah-mudahan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada semua.sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan ibadah dan solat malam.banyakkanlah berdoa kepada Allah agar memberikan kemudahan kepada kita untuk mentaatiNYA kerana sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan DIA.dan kepada mereka yang dapat mengerjakannya teruskanlah istiqamah dalam ibadah.carilah keampunan ALLAH saat orang lain dibuai mimpi.JOM TAHAJJUD!!!





[1]sila rujuk kitab Shahih Muslim bi syarhi al-Imam Muhyiddin an-Nawawi,kitab al-masajid wa mawadhi' as-solah,bab fadhl solat al-Isya' wa as-Subh fi jamaah,terbitan dar al-Ma'rifah,beirut,lubnan

[2]sila rujuk kitab Shahih Bukhari,kitab Fadhail al-Quran,fadhl al-Baqarah,terbitan jam'iyyah miknaz al-Islami

[3]sila rujuk kitab Fath al-Bari Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, kitab Fadhail al-Quran,fadhl al-Baqarah,terbitan dar al-Hadith,kaherah

[4]sila rujuk terjemahan kitab al-Wafi syarah Hadis 40 Imam Nawawi,Hadis1-Semua Amalan Adalah Dengan Niat,terbitan PMRAM

Sabtu, 30 April 2011

"ISLAM FOR ALL", "ALL FOR ISLAM"



jika di malaysia,saya pasti sahabat2 sekalian sudah tidak asing dengan slogan 'PAS FOR ALL' yang cukup sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia(PAS)[1] .manakala bagi mereka yang berkesempatan belajar di bumi anbiya' Mesir ini mungkin sudah terbiasa dengan slogan 'ISLAM FOR ALL' hinggakan ia dijadikan slogan di salah satu tshirt PMRAM.dan pada tahun lepas,kita digemparkan pulavdengan berita kemasukan seramai 40 ulama muda UMNO yang kemudiannya mengumumkan slogan 'ISLAM FOR ALL'[2] .namun begitu,ia bukanlah persoalan pokok yang ingin saya ketengahkan.

'ALL FOR ISLAM'.

menarik bukan kata-kata ini?oleh itu,saya ingin mengajak sahabat2 untuk sama-sama kita menghayati maksud yang tersirat di sebaliknya.saya tidak mahu kita terus dihanyutkan dengan berbagai-bagai slogan yang indah di bibir yang tumbuh bak cendawan lepas hujan(terutamanya di malaysia) namun pelaksanaanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna.persoalan utama yang perlu diajukan sekarang:apakah yang telah kita lakukan untuk ISLAM?cukuplah kita ajukan soalan ini kepada diri kita(terutamanya saya) tentang jasa kita kepada Islam.saya tidak mengharapkan sebarang jawapan tetapi ingin mengajak saudara2 semua untuk berfikir mengenainya.

ALL FOR ISLAM.tidak perlu untuk dihuraikan panjang2.semua pasti dapat memahami tuntutannya.dalam erti kata lain yang lebih mudah,semua yang kita lakukan mestilah diniatkan untuk kebaikan agama Islam itu sendiri.setiap individu muslim mempunyai peranan dan tanggungjawab masing2 dalam melaksanakan tuntutan ini.tiada perbezaan di antara kita,tidak kira golongan agamawan,cendekiawan,dan masyarakat secara umumnya.janganlah tugas2 dakwah itu dibebankan sepenuhnya di bahu golongan agamawan semata-mata bahkan ianya turut ditaklifkan keatas setiap individu muslim.jika setiap individu itu sedar akan tugasnya,saya yakin bahawa kegemilangan Islam akan bersinar kembali.bukankah ALLAH TA'ALA telah berfirman:



"Mereka juga yang mengatakan tentang hal-hal saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian hindahrkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". [Aali 'Imraan:168]

akan tetapi dengan keadaan masyarakat yang semakin ketandusan akhlak dan kejatuhan moral,apakah sumbangan yang telah kita berikan?adakah kita telah melengkapkan diri kita dengan bekalan ilmu yang mencukupi agar diri kita menjadi murabbi yang mursyid buat masyarakat?untuk mengubah masyarakat perlu kepada ilmu.ia merupakan perkara yang perlu difahami oleh setiap petugas dakwah.Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) telah berdakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah atas dasar ilmu dan yakin.masyarakat tetap akan berada di takuk yang lama jika kita tidak sematkan kefahaman yang sebenar tentang Islam kepada mereka.bagaimana kita ingin berkhidmat untuk Islam jika kita sendiri jahil mengenainya??!!

marilah sahabat2 semua.mari kita bekerja bersama demi Islam.dalam konteks pelajar marilah kita sama-sama menuntut ilmu bersungguh-sungguh.janganlah terus lena dibuai mimpi.sama-samalah kita wakafkan diri kita untuk perjuangan Islam.janganlah ditanya apa yang kita perolehi daripada Islam tetapi sama-sama kita mengorak langkah ke hadapan untuk menegakkan agama yang suci ini.salam



[1]http://en.wikipedia.org/wiki/Pan-Malaysian_Islamic_Party

[2]"Umno newbies moot 'Islam for All' concept"http://freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=article&sid=249

Isnin, 25 April 2011

aduhai...mudahnya kita ditipu


manusia memang mudah ditipu.

kalau tun mahathir,dia akan cakap melayu mudah lupa tapi saya....
saya akan cakap

MANUSIA MUDAH DITIPU!!!

pernah tak sahabat2 rasa bila nak buat sesuatu yang benda yang salah tu akan timbul dalam hati rasa bersalah.seolah-olah kita bermonolog dengan diri sendiri:janganlah buat benda ni.maksiat.dosa.kalau dosa nanti masuk neraka.

tapi

di satu sudut lain dalam diri kita pula berkata:takpelah.bukannya selalu pun kita buat benda ni.ada masa nanti kita taubatlah.kan ALLAH MAHA PENGAMPUN.ALLAH tu kan MAHA PENYAYANG.ALLAH kan MAHA PENERIMA TAUBAT.takkanlah dosa sekecil ni tak diampunkannNYA.takkanlah kita akan diazab dengan benda sekecil ni.
tapi biasalah.dah namanya manusia.selalunya kita akan kalah dengan godaan nafsu yang jahat.

akhirnya,kita tertipu.begitu mudahnya kita ditipu.bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri.alangkah bodohnya kita.kena tipu dangan diri sendiri walhal kita dikurniakan akal untuk berfikir,untuk bezakan baik buruk.wahai......

adakah kita lupa bahawa di balik MAHA PENGAMPUNNYA itu terdapat juga namaNYA yang kita imani bersifat ar-Raqib(MAHA MENGAWASI),al-Dar(MAHA MEMBERI DERITA)al-Mumit(MAHA MEMATIKAN)al-Muhsi(MAHA MENGHITUNG),al-Muzil(YANG MENGHINAKAN makhluknya).tak salah untuk kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH tapi ingatlah bahawa ALLAH mengetahui isi hati kita.dan adakah kita lupa bahawa dosa-dosa kecil itu jika berterusan akan menjadi dosa besar akhirnya.bayangkanlah jika nyawa kita ditarik saat kita melakukan kemaksiatan.layakkah kita untuk syurga ALLAH?layakkah kita untuk mengaku sebagai umat BAGINDA NABI MUHAMMAD(selawat dan salam ke atas BAGINDA)?bandingkanlah diri kita dengan sahabat2 NABI.betapa kerdilnya diri kita.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

إِنَّكُمْ لَتَعْمَلُونَ أَعْمَالاً هِىَ أَدَقُّ فِى أَعْيُنِكُمْ مِنَ الشَّعَرِ ، إِنْ كُنَّا نَعُدُّهَا عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - الْمُوبِقَاتِ

“Sesungguhnya kalian mengerjakan amalan (dosa) di hadapan mata kalian tipis seperti rambut, namun kami (para sahabat) yang hidup di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menganggap dosa semacam itu seperti dosa besar.”[1]


sama-samalah kita mujahadah supaya kita tidak lagi ditipu oleh diri sendiri.pesanan buat diri sendiri.moga entri ini bermanfaat buat mereka yang membaca.salam


[1]hadith riwayat Imam Bukhari dalam kitab 81(Kitab al-Riqaq),bab 32(bab ma yuttaqo min muhaqqarot az-zunub),cetakan jam'iyyah al-miknaz al-islam

Ahad, 24 April 2011

orang kata saya sombong....saya kata


saya kata tak,saya tak sombong!

mungkin dah jadi tabiat saya kot jarang bercakap,jadi mungkin orang menyalahtafsirkannnya sebagai sombong.serba salah saya dibuatnya.ditelan mati *** diluah mati ****.tak cakap salah,cakap pun salah.nak buat macam mana ye?sebenarnya saya bukannya tak nak berbual-bual tapi tiada modal untuk berbual dengan orang lain.dan saya rasa kadang2 tu benda yang dibualkan tiada faedah langsung.takut juga kalau2 apa yang saya cakapkan secara sengaja atau tidak akan menyinggung perasaan orang lain,jadi lebih baik saya dism sahaja.adalah lebih baik jika saya mengamalkan sunnah BAGINDA NABI(selawat dan salam ke atas BAGINDA).saya lebih suka untuk menjadi pendengar sahaja.mungkin sebab itu ada dikalangan sahabat2 yang sering meluahkan masalah mereka kepada saya.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.[1]


jadi lebih baiklah saya diam dan muhasabah diri saya yang banyak ddaripada banyak berkata-kata.buat sahabat2 yg berjumpa saya,janganlah sampai tidak bertegur sapa pula.diam bukanlah maksudnya bahawa saya tidak peramah.tegur2la ye!suka dengan kata-kata yang diambil daripada seorang teman:I don't talk much.but my mind talks a lot.salam


[1]#(hadith riwayat Imam Bukhari,hadith no 6206,bab85(memuliakan tetamu), kitab78(kitab al-Adab),cetakan jam'iyyah al-Miknaz al-Islami)
#diriwayatkan juga oleh Imam Muslim,bab galakan memuliakan jiran dan tetamu serta melazimi diam,kitab al-Iman,cetakan al-hai'ah al-'ammah li syu'un al-matabi' al-amiriah)